MOSCOW: Presiden Peru Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Anibal Torres, lapor Sputnik memetik akhbar El Comercio pada Jumaat.
Pada Khamis, Kongres yang dikawal parti pembangkang Peru menolak permintaan Torres untuk mengadakan pembentangan undi percaya.
Dalam ucapannya, Torres memohon pemansuhan undang-undang, menetapkan bahawa semua inisiatif pembaharuan perlembagaan yang dikemukakan kepada referendum mesti diluluskan Kongres terlebih dahulu, menurut laporan itu.
Castillo menerima peletakan jawatan Torres sambil memaklumkan beliau akan merombak Kabinet.
Beliau berkata keputusan Kongres itu telah "menyalahgunakan amanah yang telah diberi," lapor akhbar itu.
Torres ialah perdana menteri keempat negara itu sejak Castillo memegang jawatan sebagai presiden pada Julai 2021.
Bekas Perdana Menteri Hector Valer hanya bertahan selama kira-kira seminggu dan meletak jawatan susulan pertuduhan rasuah dan keganasan rumah tangga terhadapnya.
Ahli parlimen pembangkang turut membuat pertuduhan terhadap Castillo sebanyak dua kali tetapi gagal menggulingkannya, walaupun mereka berjaya memecat beberapa anggota Kabinet.
........
Komen: .Selapas Anwar pula...
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment