NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundian di DUN Tioman ditunda


PETALING JAYA: Proses pengundian PRU15 di DUN Tioman ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya, susulan kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli.

Pengarah SPR Perak, Zamree Hamli berkata proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua DUN lain di bawahnya diteruskan seperti biasa, menurut laporan New Straits Times.

Yunus, 61, meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang pada 3.30 pagi tadi. Ahli PAS itu dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, lapor Sinar Harian.

Beliau dijadualkan bersaing dengan empat calon lain, iaitu bekas penyandang Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (Pejuang), dan calon bebas, Sulaiman Bakar.



Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo