NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Pengundi luar, anak muda pulanglah mengundi'

Sahruddin Jamal berkata, beliau juga menyeru anak muda yang berumur 18 tahun ke atas balik mengundi di Pagoh. -Foto Sinar Harian

PAGOH: Semua pengundi Pagoh yang merantau atau tinggal di luar negara diminta pulang pada Sabtu ini untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau juga menyeru anak muda yang berumur 18 tahun ke atas balik mengundi di Pagoh.
"Saya juga menyeru semua anak perantau untuk pulang ke Parlimen Pagoh.
"Undilah calon-calon yang betul-betul berjasa di Parlimen Pagoh dan (memilih) pemimpin yang bersih dan berintegriti," ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) Pagoh.
Sejumlah 21,173,638 pengundi bakal menentukan kerajaan baharu pada hari pengundian PRU15 bagi mengisi 222 kerusi Parlimen yang ditetapkan 19 November ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tarikh penamaan calon adalah pada 5 November manakala hari mengundi awal pada Selasa lalu.
Dalam perkembangan lain, Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, tidak timbul isu dakwaan pembangkang yang mengatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Si Muhyiddin Yassin menyalahgunakan duit kerajaan ketika pandemik COVID-19.
"Setahu saya tidak timbul isu itu dakwaan pembangkang itu.
"Walhal setahu saya, sebarang dana adalah dapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan dapat kelulusan daripada kabinet," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, bahawa Muhyiddin akan disiasat berhubung dakwaan membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu, jika PH menang PRU15. -Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo