NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi beratur sambil berpayung di SMK Sri Muar


MUAR:
Pengundi yang mengundi di pusat undi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar beratur sambil berpayung berikutan hujan lebat sejak 6 pagi.

Bagaimanapun, seramai 50 pengundi tidak menjadikan hujan sebagai penghalang untuk memasuki pusat undi bermula 8 pagi bagi menunaikan kewajipan mereka.

Laila Baba.

Seorang pengundi, Laila Baba, 70, berkata hujan bukan penghalang baginya turun membuang undi di SMK Sri Muar.

“Tak jadi masalah. Kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Hujan bukan penghalang. Rasa bangga, suka dan gembira,” katanya

Lim Teng Doll.

Lim Teng Doll, 38, berkata beliau teruja untuk menunaikan tanggungjawab PRU15 kali ini.

“Tiada masalah mengundi ketika hujan. Hanya berjalan sambil berpayung ke pusat undi sebab rumah dekat,” katanya.

Subscribe to our new




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo