NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendakwah bebas didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual

Muhammad Fathi Na’im Mazlam
Muhammad Fathi Na’im Mazlam

KLANG: Seorang pendakwah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 hingga Februari lalu.

Tertuduh, Muhammad Fathi Na'im Mazlam, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut pertuduhan, suami kepada tiga isteri itu didakwa terhadap tujuh pertuduhan merogol dan masing-masing satu bagi pertuduhan melakukan amang seksual serta hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan surau dan di parkir Dataran Eco World, selain dalam sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam dekat sini, antara Jun 2021 hingga Februari lalu.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron yang juga Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

"Saya juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mendekati dan menghubungi mangsa dalam kes ini," katanya yang turut dibantu Aqharie Durranie dan Nurul 'Izzati Mohamad.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri merayu mahkamah supaya anak guamnya dikenakan jaminan rendah iaitu mengikut kes dan bukan mengikut pertuduhan yang dituduh dengan alasan lelaki itu adalah penanggung utama keluarga.

"Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia antara satu hingga 11 tahun, selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang tua.

"Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit 'slipped disc' dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa," katanya.

Syafeera kemudian membenarkan Muhammad Fathi Na'im diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 10 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA







........
Komen: Boleh belaku kepada sesiapa sahaja, baik orang biasa atau pemimpin. Pemimpin pun ada yang kita nampak bercakap agama hebat tetapi dalam dirinya ada 2 wajah




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo