NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda UMNO cuba tendang bendera PAS... tapi akhirnya


KEMERIAHAN kempen Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) mula terasa apabila bendera parti-parti politik semakin rancak dipacak di kawasan Parlimen masing-masing.

Pemasangan bendera parti ini boleh dianggap sebagai tradisi setiap kali menjelang pilihan raya kerana ia dapat menyemarakkan lagi semangat penyokong.

Dalam kemeriahan kempen pilihan raya, media sosial tidak pernah sunyi dengan berita-berita vandalisme bahan kempen seperti menconteng poster, mencabut dan mengoyakkan bendera parti serta pelbagai berita kurang enak lain.


Terbaharu, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715, tular rakaman aksi dua pemuda bermotosikal terlibat kemalangan jalan raya ketika melakukan vandalisme terhadap bendera yang dipacak di sepanjang jalan.

Dalam video berdurasi 26 saat itu memaparkan dua remaja lelaki sedang menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar.

Kedua-dua remaja berkenaan turut memaparkan aksi berbahaya sebelum pembonceng motosikal tersebut cuba menendang salah satu daripada bendera parti politik yang dipacak di tepi jalan berkenaan.

Tindakan remaja tersebut membawa padah apabila dia akhirnya hilang keseimbangan sekali gus mengakibatkan dia terjatuh di atas jalan raya.

Setakat ini video tersebut sudah mendapat lebih daripada 3,300 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo