Tengku Putra Haron Aminurrashid ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat. |
Menurutnya, keputusan terhadap ahli-ahli yang masih berada dalam kes mahkamah juga akan ditetapkan melalui pemilihan parti tersebut.
“Tentang kluster (mahkamah), selepas ini akan ada (keputusan) dalam pemilihan parti kita. Kita akan buat sebaiknya tetapi tunggu dulu.
“Perdana Menteri akan mengumumkan barisan kabinetnya, kita tengok selepas itu. Baru kita akan tahu (keputusan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Program yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu turut menampilkan penganalisis politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff; Bekas ADUN Kempas dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.
Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa keputusan berhubung pemberian jawatan dalam kabinet terutamanya kepada individu yang terlibat dalam kes-kes mahkamah masih belum diputuskan.
Ujar Anwar, apabila melibatkan Kerajaan Perpaduan, pihaknya perlu ruang untuk berbincang secara terperinci mengenai keputusan berkenaan dengan pihak lain.
Dalam pada itu, Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak terlalu mendesak kerajaan supaya mengumumkan barisan kabinet dalam masa yang terdekat.
“Saya tengok banyak orang di dalam forum asyik suruh cepat (umum kabinet) sebab kononnya bimbang pelabur tak masuk dan sebagainya.
“Nak menubuhkan kerajaan ini tidak boleh kelam-kabut. Tambah lagi kita dalam keadaan Parlimen tergantung.
“Kalau dalam Parlimen tergantung ini, kita kena ambil masa untuk menentukan siapa yang akan bantu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja,” ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment