PELAKON dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal, 26, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Memetik laporan Harian Metro, Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor namun punca kematian masih dalam siasatan.
Terdahulu, berita sedih itu dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia di IG Stories miliknya pada petang Khamis.
"Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.
"Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku," tulisnya.
Berita pemergian Syazlin mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.
Dalam pada itu, akaun Instagram kelab peminat arwah memaklumkan akan memadam akaun itu.
"Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup," tulisnya.
Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan beberapa lagi.
Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. - Gempak memetik Harian Metro
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment