Pengerusi Perikatan Nasional Perak, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kerajaan baru BN-PH di Perak sebagai "resipi untuk bencana".
"Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung Umno "No Anwar, No DAP?"
"PN Negeri Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah," katanya.
PN memiliki 26 kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, menjadikan gabungan itu sebagai blok terbesar. Bagaimanapun, PN itu tidak cukup empat lagi sokongan Adun untuk membentuk kerajaan negeri.
Saarani Mohamad dari BN dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar hari ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment