MARANG: PAS tekad untuk merampas semula kerusi Parlimen Kuala Nerus daripada penyandangnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyertai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Calon PAS Parlimen berkenaan, Datuk Dr Alias Razak, berkata kerusi berkenaan perlu dirampas semula selepas 'dilarikan' Khairuddin yang memenanginya selama dua penggal ketika bertanding atas tiket PAS pada PRU13 dan PRU14.
Katanya, beliau tidak peduli siapa lawannya di kerusi itu dan akan bekerja keras untuk merampas semula kerusi berkenaan.
"Bagi PAS, kita tak kira siapa saja dan daripada mana tetap akan lawan dan memastikan jentera kita turun mengikut kemampuan yang ada.
"Dengan kemampuan kita, kita akan pertahanan dan ambil balik kerusi Kuala Nerus," katanya ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam tadi.
Tambahnya lagi, dia tidak gentar untuk berdepan dengan Khairuddin dan yakin dengan jentera serta penyokong yang selama ini bersama PAS.
Katanya, kemenangan Khairuddin selama dua penggal adalah kerana sokongan padu penyokong dan ahli parti dan akan membuktikannya pada pilihan raya kali ini.
"Dia (Khairuddin) menang ketika itu adalah kerana sokongan padu ahli dan penyokong PAS serta BN yang simpati," katanya.
Katanya, penyokong bukan pilih berdasarkan calon tetapi pilih kerana perjuangan PAS untuk menegakkan negara yang melaksanakan undang-undang menuju keredaan Allah SWT.
"Hari ini jelas Barisan Nasional (BN) dipimpin oleh pemimpin yang 'corrupt' yang berlambak-lambak kes mahkamah dan belum selesai.
"Tidak akan kita turut sama dengan pemimpin yang jelas menghancur dan meruntuhkan ekonomi negara," katanya.
Ditanya sama ada dia akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Alias menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment