MARANG – Pas menegaskan bahawa tiada keperluan untuk calonnya melakukan pengisytiharan harta seperti yang dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pas untuk tidak mengisytiharkan harta bukan bermaksud parti itu tidak telus, tetapi pendekatan tersebut dilihat sia-sia serta tidak mempunyai keperluan yang mendesak.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak mempunyai masalah atau halangan sekiranya ada calonnya yang mahu berbuat demikian mengikut pertimbangan serta kebijaksanaan masing-masing.
“Nak isytihar harta bukan dalam tempoh dua minggu ini. Masyarakat setempat lebih tahu calon kita di tempat masing-masing, jadi buat apa kita nak tunjuk-tunjuk dekat orang. Harta (calon dan pemimpin Pas) tak banyak, orang lain sebut juta-juta..kita ratus ribu tak sampai juta,” katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, isu kehadiran yang rendah Ahli Parlimen Pas pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang dimainkan parti lawan ketika ini, tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN).
Katanya, kehadiran Ahli Parlimen ke sesi Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kehadiran ke sekolah kerana berbeza daripada segi sistem dan perjalanannya. – Bernama
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment