NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS menang, Nik Amar kena keluar duit saku RM80k...


KOTA BHARU:
“Janji insya-Allah akan ditepati,” jawapan ringkas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Beliau diajukan soalan mengenai janjinya untuk menyembelih 20 ekor lembu sekiranya calon Parlimen Tumpat Dato’ Mumtaz Md Nawi mendapat majoriti 20,000 undi.

Beliau menjawab soalan itu melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.

Sebelum ini ketika menyampaikan ceramah memperkenalkan calon PERIKATAN NASIONAL parlimen Tumpat, beliau antara lain menyebut akan mengorbankan 20 ekor lembu sekiranya Mumtaz memperolehi majoriti 20,000 undi.

Ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan secara spontan itu diikuti laungan takbir hadirin, ketika menyampaikan ceramah di Padang Puteri Saadong Wakaf Bharu.

Pada malam itu juga Mohd Amar mengingatkan calon Umno tanpa menyebut nama dalam ceramahnya itu supaya tidak lagi mengakui sebagai orang PAS.

Mumtaz berjaya memperolehi majoriti sebanyak 34,793 undi setelah memperolehi undi 65,426 undi jauh meninggalkan lawannya dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Putra. – HARAKAHDAILY 20/11/2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo