NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pantau PRU15 kecewa parti politik gagal letak ramai wanita sebagai calon

Setakat data yang diperolehi pada 3 November 2022, Pantau PRU15 mendapati peratusan calon wanita bagi kerusi Parlimen yang diumumkan tidak sampai 30%. - Gambar hiasan/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Pantau PRU15 amat kesal kegagalan kebanyakan parti-parti politik untuk mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Setakat data yang diperolehi pada 3 November 2022, Pantau PRU15 mendapati peratusan calon wanita bagi kerusi Parlimen yang diumumkan tidak sampai 30%.
Berikut adalah jumlah peratusan calon wanita mengikut pakatan parti politik;
1. Pakatan Harapan : 18% 
2. Gerakan Tanah Air : 13.3% 
3. Barisan Nasional : 11 % 
4. Perikatan Nasional : 9.3% 
5. Gabungan Parti Sarawak :16.1 
6. Gabungan Rakyat Sabah-BN :12.5%
Prestasi Pakatan Harapan banyak disumbang oleh DAP yang mencapai 25.4% calon wanita. Ini diikuti 20% oleh UPKO, 17% oleh PKR dan 17% MUDA. Pejuang mengumumkan 19.4% calon Wanita. Sungguhpun tidak sampai sasar yang diharapkan ini adalah petanda baik bagi penambahan calon wanita.
Disebaliknya parti UMNO yang telah mengumumkan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam PRU15 pada 2 Oktober 2022 menamakan 10% calon wanita sahaja dan dua calon wanita PRU14 digugurkan. Terbaik dalam BN adalah MCA ditahap 16% dan terburuk adalah MIC (9%). Dalam PN hanya PAS mencatat 12.5% dan itu pun adalah penurunan jumlah wanita berbanding PRU14. BERSATU hanya mencapai 7.2% dan GERAKAN 10%.
Sungguhpun terdapat kemajuan dalam beberapa parti politik, jelas bahawa secara amnya pemimpin parti politik tidak menghormati dan mengiktiraf kepimpinan wanita yang sangat berkaliber dan mampu mengubah corak kepimpinan parti dan urustadbir negara dengan gemilang. Mendukacitakan adalah mungkir janji yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sendiri.
Kebolehpercayaan adalah penting bagi rakyat. Kita berpegang kepada harapan untuk memilih Kerajaan yang boleh dipercayai melaksanakan komitmen kepada semua golongan rakyat. Peningkatan calon wanita adalah tanggungjawab bagi parti menunaikan.
Pantau PRU15 sekali lagi mengesa semua parti politik untuk menyemaksemula dan membuat perubahan senarai pencalonan supaya membuktikan parti politik anda mengiktiraf dan menghormati kepimpinan wanita.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo