Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1998, Mustapa Mansor melihat langkah terbaik buat masa ini untuk membentuk kerajaan yang stabil adalah melalui penggabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN.
Mustafa Mansor berpendapat memang sukar untuk menyatukan parti bermusuhan, tetapi itu merupakan keperluan buat masa ini untuk membina sebuah negara.
“Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita semua mencari jalan penyelesaian.
“Di waktu yang sangat genting sekarang ni, dengan ekonomi kita teruk, politik juga sejak tahun 2018 sampai dua, tiga kali tukar, harga barang yang tak tentu hala naik dan banyak banyak faktor lain, maka kita mesti ada pilihan untuk mencari jalan bagi menstabilkan keadaan.
“Demi melihat negara ini berjalan dengan baik, kerajaan stabil, jadi penyatuan antara BN dengan PH itu salah satu solusinya,” ujar timbalan pengerusi itu ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.
Bagaimanapun, kumpulan pendesak yang dianggotai oleh penggerak gerakan reformasi 1998 itu berharap penyatuan itu dibuat demi negara, bukan kepentingan individu.
Mustafa berharap agenda reformasi, termasuk menghormati prinsip pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman dilaksanakan.
“Itu antaralah reformasi terpenting yang mesti kita saksikan dalam kepimpinan yang baru ini.
“Yang terlibat dengan mahkamah mesti terus, sesiapa sahaja yang terlibat dengan salah laku rasuah mesti diteruskan, bahkan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya mesti dibawa ke mahkamah, tidak boleh dibiarkan.
“Sebab ini adalah demi negara, yang kita nak bangunkan bukan untuk kepentingan individu - individu tertentu,” ujarnya lagi.
PH dan Perikatan Nasional (PH) masing-masing mendakwa memperoleh cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
Parti-parti dan gabungan dikehendaki memaklumkan berkaitan persetujuan membentuk kerajaan campuran dan calon perdana menteri kepada istana sebelum jam dua petang hari ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment