NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orsato pengadil perlawanan pembukaan Piala Dunia


LONDON:
Pengadil Itali, Daniele Orsato akan mengadili perlawanan pembukaan Piala Dunia antara tuan rumah, Qatar menentang Ecuador dalam aksi Kumpulan A, malam esok, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengadil berusia 46 tahun itu akan membuat penampilan pertamanya di Piala Dunia dan akan disertai rakan senegara, Ciro Carbone dan Alessandro Giallatini sebagai pembantunya dengan Massimiliano Irrati akan mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pengadil Romania, Itsvan Kovacs pula dipilih sebagai pengadil keempat dalam perlawanan itu.

Orsato yang menggalas tugas sebagai pegawai semakan video pada Piala Dunia di Russia empat tahun lalu berpengalaman mengadili final Liga Juara-Juara 2020 yang menyaksikan Bayern Munich menewaskan Paris Saint Germain 1-0.

Dia juga menjadi pengadil dalam tiga perlawanan pada kempen Euro tahun lalu yang menyaksikan Itali muncul juara.

Pengadil dari Itali sememangnya mempunyai reputasi yang baik dalam era moden Piala Dunia apabila dipilih mengendalikan dua daripada lima perlawanan akhir sejak lima edisi terakhir.

Pengerusi jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina mengadili aksi final edisi 2002 dan Nicola Rizzoli dipilih untuk perlawanan akhir 2014. - Agensi




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo