NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nur Dhabitah raih tiga emas di Grand Prix KL



KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tiga pingat emas Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini, hari ini.

Ketiga-tiga acara itu ialah 3 meter (m) papan anjal seirama wanita dan 10m plaftorm seirama wanita yang tidak disertai pasukan lain, serta menerusi 3m papan anjal seirama campuran.

Dalam acara 3m papan anjal seirama, Nur Dhabitah yang bergandingan dengan Ng Yan Yee merekodkan 290.10 mata, manakala dalam acara 10m platform seirama wanita beliau bersama Datuk Pandelela Rinong merekodkan 299.52 mata.

Penerjun berusia 23 tahun itu merangkul emas bersama Muhammad Syafiq Puteh menerusi acara 3m papan anjal seirama campuran dengan 305.70 mata, mengatasi pasangan Australia Alysha Koloi-Lachlan Cronin (288.06 mata) serta Kang Minhyuk-Kim Nahyun dari Korea Selatan (258.93) yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa. 

Bercakap kepada Bernama selepas majlis penyampaian pingat, Nur Dhabitah berkata beliau berpuas hati apabila segala kerja kerasnya membuahkan hasil walaupun hanya menjalani latihan intensif bagi kejohanan itu selama seminggu.

“Saya sangat gembira tetapi secara jujurnya agak penat sebab pertama kali masuk tiga pertandingan dalam satu hari dan saya juga baru pulih daripada kecederaan belakang.

“Sebulan sebelum pertandingan saya tidak banyak berlatih cuma menghampiri satu minggu sebelum pertandingan baru (berlatih) habis-habisan,” katanya. 

Sementara itu, Muhammad Syafiq mengucapkan rasa syukur apabila mampu mempersembahkan terjunan yang mantap meskipun baru sihat sepenuhnya daripada demam denggi. 

“Saya memang gembira sangat, sebab ini memang keputusan saat akhir yang dibuat bersama Nur Dhabitah. Saya masih mahu teruskan perjuangan ini sebab beraksi di Kuala Lumpur, perasaan itu lain dan alhamdullilah, emas hari ini,” katanya. 


- BERNAMA 








........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo