NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noh kecewa dipermainkan Zahid, hanya tahu tidak dicalonkan melalui media sosial

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar kecewa apabila hanya mengetahui mengenai pemilihan calon Parlimen Tanjong Karang di media sosial.

Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mendakwa telah menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa namun diminta menunggu dalam tempoh dua hari.

"Presiden parti beritahu saya (beliau) beri tempoh dua hari jadi hari ini (Khamis) dia akan panggil saya balik untuk berbincang semula mengenai (pemilihan) calon (parlimen) di Tanjong Karang.

"Jadi saya menunggu dari pagi sampai malam ini untuk berbincang dengan saya sebagai Pengerusi (Badan) Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan untuk Parlimen Tanjong Karang tetapi tidak ada respon.

"Mungkin presiden sibuk, hanya dalam pukul 8 saya dimaklumkan keluar dah senarai dari Barisan Nasional yang saya tengok Tanjong Karang sudah ada calon sebab itu pada malam ini watikah calon Tanjong Karang tidak ada dengan saya lagi, saya hanya bergantung kepada laporan media sosial," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu ditemui pemberita selepas menyerahkan watikah pada Majlis Penyerahan Watikah Calon Barisan Nasional (BN) di Bangunan Kumpulan Muara Shah Alam di Seksyen 14 di sini pada Khamis.

Pada Khamis, Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dinamakan sebagai bakal calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Habibah menggantikan Noh yang sebelum ini mempertahankan kerusi itu selama enam penggal selepas memenanginya pada 1995.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, hanya 21 daripada 22 watikah diserahkan kepada calon BN yang bertanding pada PRU15 dalam Majlis Penyerahan Watikah Calon BN di Bangunan Kumpulan Muara Shah Alam di Seksyen 14.

Noh berkata, watikah calon Tanjung Karang tidak ada dalam senarai berkenaan dan tidak mengetahui di mana watikah berkenaan kerana tidak diserahkan kepadanya sehingga malam Khamis.

Justeru, Noh akan hanya mendedahkan mengenai sebab beliau tidak diumumkan sebagai calon BN di Tanjong Karang pada jam 4 petang pada Jumaat di Tanjong Karang.

Sumber | Sinar

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo