NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Mohamad Abduh sukarela memberi laluan muka baharu - PAS


Sinar Harian
juga memetik Ahmad Yakob sebagai berkata penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula sukarela memberi laluan kepada calon muka baru.

Gambar Hiasan - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

"Tiada alasan, mungkin masa depan masih luas dan masa lebih panjang untuk melanjut pelajaran dan sebagainya," katanya.

Kerusi anak bekas mrsyidul am PAS itu akan diberikan kepada setiausaha politik kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman.

Pada PRU14, Nik Abduh menang di Bachok dengan 3, 292 undi mengalahkan calon Umno, Awang Adek Husin dan wakil Bersatu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak timbul isu parti itu mahu menamatkan legasi bekas Nik Aziz dengan tiada lagi pewaris mursyidul am itu pada PRU15 kali ini.

"Tak timbul soal itu (mematikan legasi tok guru) saya sendiri anak saudara tok guru (Nik Abdul Aziz), Zawawi (calon Pasir Puteh) pun anak saudara tok guru, legasi perjuangan bukan individu tetapi dasar perjuangan.

"Siapa bawa dasar perjuangan dia bawa legasi tok guru, bukan tokoh atau individu," katanya yang dipetik oleh Astro Awani.

Gambar Hiasan - Tuan Ibrahim Tuan Man

Menurut Tuan Ibrahim, setiap calon bertanding membawa dasar Islam dan perjuangan membangun bersama Islam seperti yang ditinggalkan Nik Aziz.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo