NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Abduh bantu kempen Syahir pertahan Parlimen Bachok


KOTA BHARU:
Tiada istilah mematikan legasi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selaku penyandang kerusi Parlimen Bachok tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Nik Abduh sebaliknya secara sukarela memberi ruang kepada calon baharu untuk bertanding pada PRU ini.

Malah katanya, segala dasar dan polisi Tok Nik Aziz akan diteruskan dalam mengemudi kepimpinan PAS dan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Oleh itu tidak timbul isu mematikan legasi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana perjuangan bukan individu, sebaliknya dasar Islam yang diperjuangkan.

“Segala dasar dan polisi arwah Tok Guru juga kita teruskan, justeru tidak timbul sebarang isu boikot,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pengumuman calon tersebut dibuat Pengerusi PN Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamaruddin Mohd Nor dan wakil Gerakan negeri. 

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, sepanjang kempen PRU15, Nik Abduh akan membantu Mohd Syahir Che Sulaiman selaku calon di kawasan Parlimen berkenaan.

Malah katanya Nik Abduh turut menyokong komitmen kepimpinan PAS mengganti tempatnya di Parlimen Bachok.

Selain Syahir, muka baharu pada PRU15 ialah anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi bagi Parlimen Tumpat, Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal (Machang), Zahari Kechik (Jeli), Dato’ Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor (Ketereh).

Manakala kerusi Tanah Merah kekal ditandingi Dato’ Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz (Bersatu), penyandang lain iaitu Tuan Ibrahim (Kubang Kerian), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Selain itu, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh) dan Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai). – HARAKAHDAILY 3/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo