NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Niaga hadapan emas ditutup tinggi dengan satu lot didagangkan


KUALA LUMPUR, 14 Nov  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi malam ini dengan dagangan satu lot, bernilai RM70,736.

Peniaga Phillip Capital Sdn Bhd, Edison Lai berkata emas COMEX, bagaimanapun susut lebih rendah pada Isnin apabila dolar meningkat selepas Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed AS) Christopher Waller memberi amaran kepada pasaran bahawa bank pusat itu tidak akan mengurangkan usahanya dalam menentang inflasi.

"Harga emas dijangka memperlahankan momentum kenaikan apabila pegawai Fed AS mengulangi pendiriannya bahawa kenaikan kadar faedah selanjutnya diperlukan bagi mengawal inflasi," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia untuk bulan semasa November 2022 berada pada US$1,768.40 setiap auns troy.

Sementara itu, kesemua kontrak Disember 2022, Januari 2023, Februari 2023, April 2023 dan Jun 2023 berjumlah US$1,783 setiap auns troy.

Harga emas fizikal berada pada US$1,759.35 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh LBMA PM Fix pada 11 Nov, 2022.

-- BERNAMA 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo