NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO mohon Agong lantik PM peroleh undi majoriti Melayu


KUALA LUMPUR:
Sekumpulan 30 individu mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam berhimpun secara aman berhampiran Istana Negara, hari ini.

Kumpulan itu yang mendakwa mewakili lebih 50 NGO Melayu dan Islam, hadir membawa kain rentang tertulis 'Daulat Tuanku! Pohon Dengar Rintihan Ummah', sambil melaungkan takbir beberapa kali.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata mereka hadir untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung kemelut pembentukan kerajaan ketika ini.

Memorandum itu antara lain bagi memohon perkenan baginda mengangkat Perdana Menteri daripada gabungan politik yang mendapat undi terbanyak orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menyelesaikan isu berkenaan.

"Keputusan PRU15 menjadi manifestasi kemahuan orang Melayu Bumiputera mengangkat kepemimpinan Melayu yang bersih dan stabil, sekali gus beralih kepada gabungan yang membawa aspirasi itu.

"Kami berharap Tuanku tidak membiarkan suara pemimpin Melayu Islam dan Bumiputera menjadi minoriti di bawah kerajaan naungan Tuanku.

"Kerajaan sewajarnya sudah dibentuk dan pembentukan ini perlulah disegerakan mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan atas budi pertimbangan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

"Ia berikutan masa yang panjang diambil mampu menjejaskan kestabilan atas faktor sosio dan ekonomi masyarakat," katanya ketika ditemui tidak jauh dari pintu dua Istana Negara, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Mustaqim yang juga Ketua Penerangan ARMADA BERSATU, memaklumkan pihaknya tidak dapat menyerahkan memorandum berkenaan kepada Istana Negara buat masa ini.

"Pihak Istana Negara tidak terima memorandum ini kerana mahu memberi tumpuan terhadap isu pembentukan kerajaan," katanya.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo