Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik berkata perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan hari ini.
Katanya cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU15.
"Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri ini membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 Nov," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 15 Nov ialah hari pengundian awal.
- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment