KUALA LUMPUR : Meskipun bertanding di kerusi berbeza daripada kelaziman iaitu di Parlimen Batang Sadong sebelum ini, Datuk Seri Nancy Shukri tetap mendapat kepercayaan besar untuk menerajui kawasan baharunya di P.193 Santubong.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini memenangi kerusi itu dengan majoriti sebanyak 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus undi.
Ini sekali gus membolehkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini mendahului jauh ke hadapan meninggalkan calon lain, Mohamad Zen Peli (Pakatan Harapan) dan Affendi Jeman (Bebas).
Kedua-dua calon ini masing-masing menerima 5,058 dan 3,012 undi.
Daripada 79,540 pengundi berdaftar, sebanyak 51,809 undi yang diterima pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.14 peratus.
Dalam PRU14 terdahulu, kerusi itu disandang oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam mempertahankan kerusi berkenaan.
Beliau mendapat 26,379 undi dengan majoriti 19,485 menewaskan Mohamad Fidzuan Zaidi (6,894 undi).
Bagi kerusi tradisi, perpindahan Datuk Seri Nancy ke Parlimen Santubong diisi oleh Rodiyah Sapiee (GPS) yang turut memenangi kerusi itu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment