NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Nak panggil saya Cikgu pun saya tidak kisah' - MB Perlis

ARAU: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyatakan bahawa dirinya tidak kisah dipanggil 'cikgu' meskipun kini memegang jawatan nombor satu di dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menurutnya, panggilan berkenaan adalah lebih mesra terutama dalam kalangan individu yang sudah lama mengenalinya berbanding gelaran yang lebih formal.

"(Sebenarnya sebentar tadi pun) ada orang panggil (saya) cikgu lagi, saya tidak ada masalah (apa-apa), kalau panggil (gelaran) cikgu, cepat saya beralih (senang untuk kenal), kalau (panggil) YAB lambat sikit (nak biasakan diri).

"Ini disebabkan yang panggil (saya) cikgu (adalah) semua yang mengenali saya sebelum ini, kalau (panggil) YAB, saya (akan) faham (itu) kawan baharu, kalau (panggil) cikgu (itu) kawan lama, (mana-mana panggilan pun saya) tiada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pertama Menteri Besar Perlis di Kompleks DUN Perlis, Persiaran Wawasan, Kangar pada Selasa.

Tambah Mohd Shukri, pentadbiran baharu kerajaan negeri yang diketuainya juga tidak akan meminggirkan seorang pun rakyat di Perlis termasuk dalam kalangan yang tidak mempunyai fahaman politik yang sama.

"Kita akan pastikan bahawa semua rakyat dilayan sama rata, tidak kira sama ada dia mengundi Perikatan Nasional atau tidak, selepas PRU ini kita akan pastikan semua rakyat dapat apa sahaja yang diperlukan (berdasarkan) setakat (apa yang) kita ada untuk kita memastikan kesejahteraan keseluruhan rakyat (Perlis)," jelasnya.

Sementara itu, beliau menyatakan akan terus belajar dengan mana-mana pihak termasuk dari kalangan pemimpin negeri sebelum ini serta Menteri-Menteri Besar yang lain dalam memastikan kelicinan pentadbiran kerajaan negeri paling utara di Malaysia itu.

- Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo