NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib tak setuju Zahid runding dengan PH


PETALING JAYA:
Rundingan pembentukan kerajaan dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan jangka panjang Barisan Nasional (BN), pesan bekas pengerusinya, Najib Razak.

Dalam mesej dari Penjara Kajang yang disampaikan menerusi anak perempuannya, Najib berkata, rundingan itu juga perlu mengetepikan perbezaan sentimen dan mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang menang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Najib juga ingin sampaikan dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN.

“Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa Umno dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula,” katanya yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah.

Keputusan PRU15 menyaksikan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah, dengan BN sekadar memenangi 30 kerusi Parlimen.

Pakatan Harapan bersama Muda memenangi kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.

Terdahulu, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg mengumumkan gabungan itu setuju bergabung dengan PN, BN dan GRS untuk membentuk kerajaan campuran, tetapi dinafikan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kemudian.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo