NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nad ditidurkan selagi paru-paru belum kuat

Nad masih perlu ditidurkan bagi membolehkannya berehat dan paru-paru kembali kuat.


KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan kesihatan pelakon, Nad Zainal bertambah baik, hari ini.

Shahrulezad berkata, dia difahamkan doktor terpaksa menidurkan Nad lagi bagi membolehkannya berehat dan paru-parunya kembali kuat.

"Alhamdulillah, keadaan Nad hari ini lebih baik daripada semalam. Tapi, doktor masih mahu Nad ditidurkan lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat.

"Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan disedarkan. Saya rasa tak lama lagi rasanya. Insya-Allah," tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram (IG).

Tambah Shahrulezad, dia turut menidakkan khabar angin yang mendakwa pendarahan paru-paru pelakon Cina Buta itu akibat pengambilan ubat kurus. 

"Apa yang membuatkan lega apabila organ utama Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.

"Jadi, khabar angin yang mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar.

"Masalah Nad sekarang adalah paru-paru masih dalam proses penyembuhan.

"Apa yang Nad perlukan ialah kekuatan dalaman untuknya terus berjuang kembali sihat," katanya.

Selain itu, Shahrulezad berkata, Nad juga masih memerlukan doa daripada orang ramai.

"Saya percaya Nad akan kembali sihat seperti biasa, tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang adalah doa berterusan.

"Terima kasih buat warga hospital terutama barisan doktor dan jururawat yang tidak jemu menjaga Nad untuk semua. 

"Terima kasih juga Ungku Ismail Aziz yang selalu kemas kini keadaan Nad pada kami," katanya.

Semalam, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dilaporkan ditidurkan sejak Isnin lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.

Rakan baiknya, Ungku Ismail turut memaklumkan doktor mengesyaki Nad mengalami autoimun.


Sumber | BH Online





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo