Wajah Chloe Fountain yang kelihatan tua (kiri) tetapi bertukar menjadi muda di TikTok baru-baru ini. - Foto TikTok |
KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi Mesir menemui makam-makam purba yang mengandungi sejumlah mumia dengan lidah emas di dalam mulut di Qewaisna iaitu sebuah tapak perkuburan di negara tersebut baru-baru ini, lapor MailOnline.
Lidah sebenar telah dibuang semasa kerja-kerja pengawetan dilakukan dan ia digantikan dengan objek emas supaya si mati boleh bercakap dengan Dewa Osiris di akhirat mengikut kepercayaan penduduk purba di negara berkenaan.
Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Arkeologi Mesir, Dr. Mustafa Waziri, sebahagian mumia itu ditemui dengan lidah emas manakala yang lain ditutup dengan kepingan emas nipis dan diletakkan di dalam keranda kayu.
Mumia-mumia lain masih disalut dengan emas pada tulang tepat di bawah pembalut linen yang digunakan dalam proses pengawetan.
Turut ditemui ialah kepingan emas antaranya dibentuk seperti bunga teratai serta beberapa perhiasan pengkebumian, lesung batu dan tembikar yang juga mungkin digunakan untuk kerja-kerja pengawetan.
Penemuan itu diumumkan di laman Facebook Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.
Bagaimanapun, tidak jelas jumlah mumia yang baru ditemui itu atau berapa banyak daripadanya mempunyai lidah emas tetapi MailOnline telah menghubungi kementerian berkenaan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Pada tahun 2021, ahli-ahli arkeologi yang melakukan penggalian di kuil Taposiris Magna di Iskandariah telah menemui mumia berusia kira-kira 2,000 tahun dengan lidah emas. – Agensi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment