MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi ini.
Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.56 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pegawainya.
Beliau dalam masa sama turut mengharapkan agar pengundi membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini dalam menentukan masa depan negara.
"Saya dan isteri telah selesai tunaikan tanggungjawab sebentar tadi dan saya tak nak rahsiakan, saya pangkah Perikatan Nasional," katanya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi hari ini.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut berentap di Pagoh bersama dua lagi pesaingnya, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mewakili Barisan Nasional dan Iskandar Shah Abd Rahman dari Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU14 yang lalu, Muhyiddin memenangi kerusi berkenaan atas tiket PH dengan majoriti undi sebanyak 6,927.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment