NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin mohon maaf kenyataan undi BN, PH ‘masuk neraka’


BATU PAHAT:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada pihak tersinggung dengan kenyataan pengundi “masuk api neraka” jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.

Beliau berkata, seharusnya semua pemimpin PN perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham.

“Tak apalah saya fikir mereka sudah mengetahui penjelasannya.

“Saya tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu. Yang penting elakkan kenyataan boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengundi,” katanya selepas menghadiri program santai anak muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir memohon maaf susulan ucapannya yang memberi amaran pengundi “masuk api neraka” jika memilih BN atau PH, berbanding PN.

Dalam video dimuat naik di laman Facebook Pemuda PAS Sik, Shahiful mengemukakan permohonan maaf sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.

Muhyiddin berkata, isu kenyataan ketua Pemuda PAS Sik itu tidak perlu diperbesarkan.

Katanya, yang penting adalah mengenai apa ditawarkan oleh PN kepada rakyat.

Sementara itu, Muhyiddin menyambut baik kajian mengenai sokongan orang Melayu terhadap PN semakin meningkat.

Beliau berharap peningkatan itu akan berterusan 70% hingga 80% supaya dapat membentuk kerajaan.

“Yang penting kita sudah tahu ada peningkatan. Namun kita tidak boleh buat kesimpulan sekarang. Yang penting tunggu hingga 19 Nov ini,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo