NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Johari bincang tubuh k'jaan


Pengerusi PN Muhyiddin Yassin memaklumkan dia menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg bagi membincangkan pembentukan kerajaan baru, susulan tamatnya PRU15.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Pagi ini saya menerima kunjungan Abang Johari, premier Sarawak dan Abdul Hadi, presiden PAS untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan.

"Insya-Allah, kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Dia berkata PN turut mengadakan rundingan dengan "parti-parti lain yang sehaluan" dan ahli parlimen bebas untuk tujuan itu.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo