KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara melalui pintu dua pada jam 5.15 selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya untuk bertemu petugas media yang sudah bersedia menemubualnya di pekarangan pintu dua Istana Negara.
Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU sebelum itu tiba di Istana Negara pada jam 4.08 petang bagi membincangkan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10 dan keputusan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan Muhyiddin dan Anwar menghadap baginda, susulan tiada Ahli Dewan Rakyat yang didapati mendapat majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment