Kes ini disiar di BH Jun 10, 2021 @ 1:13pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.
Muhammad Faiz, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik Pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, semalam.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, yang mengendalikan kes itu ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun, antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan dilrang menganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Kes ini belum selesai.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment