KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran menafikan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa partinya akan bertanding di kerusi Parlimen Batu dan bukannya MIC.
Vigneswaran berkata sebarang pengumuman berkaitan kerusi dalam Barisan Nasional mesti dilakukan oleh pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Yang mustahak, pengumuman mesti datang daripada pengerusi, bukan parti secara individu. Kalau nak lakukan apa-apa, kena cakap dengan pengerusi, bukan buat pengumuman sendiri.
"Kalau nak tukar, saya rasa tak mungkin sebab (calon) sudah diumumkan, sudah terlambat (nak tukar)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat parti itu pada Rabu.
Awal hari ini, media melaporkan MCA akan meletakkan calon parlimen di Batu, Kuala Lumpur, bukannya MIC, seperti yang diumumkan Ahmad Zahid dalam majlis pengumuman, malam tadi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, MCA diberi kerusi Batu sebagai pertukaran kepada Padang Serai, yang telah diberikan kepada MIC.
Ahmad Zahid pada Selasa mengumumkan A. Kohilan Pillay dari MIC akan bertanding di Batu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment