NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesyuarat khas MKT UMNO bincang tawaran PH, PN, bukan gesaan Ahmad Zahid letak jawatan

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada media, sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Beliau berkata mesyuarat juga akan  membincangkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.  

Namun, katanya, isu berhubung gesaan beberapa pihak mahu Pengerusi BN dan Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan  tiada dalam agenda mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata mesyuarat turut akan membincangkan tentang isu 10 Ahli Parlimen BN yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 sebelum ini.

“Kita pasti bincang perkara ini kerana satu perkara yang kita kena ingat dalam perlembagaan parti iaitu sebelum semua calon BN menerima watikah, ada empat dokumen perundangan yang perlu ditandatangani iaitu surat tawaran, surat akuan bersumpah, surat perjanjian pencalonan dan surat aku janji. 

“Secara kolektifnya keempat-empat dokumen ini memberi indikasi bahawa kerusi yang ditandingi oleh mana-mana Ahli Parlimen BN itu bukan milik peribadi, bukan milik parti-parti komponen tetapi adalah milik BN,” katanya.

Terdahulu, antara pimpinan UMNO yang dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat itu setakat jam 9 malam ialah tiga Ahli MKT iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.


- BERNAMA 









Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo