NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesej ‘musnah’ Tok Mat di Rembau palsu, kata KJ


PETALING JAYA:
Khairy Jamaluddin berkata perbualan Whatsapp yang kononnya “bocor” mendakwa dirinya mendesak Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan disabotaj di Parlimen Rembau, adalah palsu.

Dalam hantaran di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu, berkata beliau akan membuat laporan kepada polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pemilik akaun yang memuatnaik perbualan palsu berkenaan.

“Palsu. Tak perlu sebar fitnah ‘black ops’. Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada Sungai Buloh,” kata Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal, namun memberi laluan kepada Mohamad, yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perbualan yang kononnya ‘bocor’ yang didakwa membabitkan Khairy Jamaluddin.

Tangkap layar yang mengandungi perbualan kononnya daripada Khairy berlegar di media sosoal, di mana individu bernama “Boss KJ” dengan nada “mengancam”, selain memberitahu penerima mesej itu supaya “menghapuskan” Mohamad di Rembau.

“Boss KJ” juga berjanji kepada penerima dia akan dilantik sebagai setiausaha politik apabila menjadi perdana menteri, sambil menambah memerlukan tempoh masa lima tahun.

“Pecahkan undi, jangan sampai nampak jelas,” kata mesej dalam tangkap layar itu. “(Ismail Sabri Yaakob) tidak berguna dan akan jatuh. Sebagai timbalan perdana menteri, saya akan ambil alih.”




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo