NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man kalah Dun Bintong


KANGAR:
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail dalan pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Azlan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, hanya memperolehi 2,996 undi, berbanding 7,325 undi yang diperoleh Fakhrul Anwar.

Fakhrul Anwar menang dengan majoriti 4,329 undi dalam saingan lima penjuru itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi sebanyak 2,029; Shazwan Suban (PEJUANG) 157 undi; Datuk Hashim Suboh (Bebas) 157 undi dan Mohamad Khair Mohd Noor (WARISAN) 57 undi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo