NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menarik lawan abang dan adik sekali, kata Amirudin


PRU15 | Calon Pakatan Harapan (PH) Amirudin Shari mengalu-alukan hasrat pengacara sensasi, Azwan Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menteri Besar Selangor itu berkata, ini bermakna dia akan berdepan dengan pasangan adik beradik di kerusi berkenaan.

"Ini negara demokratik, siapa pun rasa layak bertanding boleh tanding.

"Tapi menariklah saya lawan sekali adik dan abang.

"Yang pentingnya, apa yang kita tawarkan, apa yang ingin kemukakan, itu yang penting," katanya kepada pemberita di Gombak hari ini.

Azwan, yang merupakan adik kepada Azmin hari ini mengumumkan hasrat bertanding di parlimen Gombak bagi menentang abangnya pada PRU yang dijadual 19 Nov ini.




Lebih popular dengan gelaran Diva AA, Azwan berkata dia yakin kerjaya politik penyandang kerusi parlimen Gombak itu bakal ‘dikuburkan’.

Untuk rekod hubungan Azmin dan Azwan tegang sejak krisis politik pada 1998 yang menyaksikan Anwar Ibrahim - ketika itu timbalan perdana menteri - dipecat daripada kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Azmin pada masa itu merupakan orang kanan Anwar dan turut terlibat dalam gerakan reformasi apabila bekas timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atas kesalahan rasuah.

Sejak itu PKR ditubuhkan sebagai sebuah parti pembangkang untuk menentang kerajaan Umno-BN.

Pada PRU lalu, Azmin bertanding sebagai calon PKR- salah sebuah parti komponen PH - dan berjaya mempertahankan kerusi Gombak yang telah disandangnya sejak PRU 2008.

Namun dia membuat keputusan keluar PKR melalui Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Amirudin kini menjadi pertaruhan PH untuk mengetepikan Azmin yang memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 48,721 undi pada 2018.


Sumber I Malaysiakini 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo