NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mek Yun kini menjadi ‘wajah’ UTHM

Wee Yun Nee atau lebih mesra dengan panggilan Mek Yun merupakan seorang pempengaruh yang terkenal dalam kalangan pengguna laman media sosial dengan bilangan pengikut yang ramai.

Mek Yun mula mencipta nama apabila gelagatnya yang fasih berdialek negeri Kelantan meskipun berbangsa cina mendapat perhatian warganet yang rata-rata kagum dengan kebolehan yang dimilikinya itu.

Setakat ini, gadis cantik berusia 25 tahun ini telah berjaya mengumpul lebih 630,000 pengikut di laman TikTok manakala di Instagram pula sebanyak 227,000.

Di sebalik keunikan yang ada pada dirinya, Mek Yun turut menjadi perhatian pengguna laman media sosial apabila berjaya menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Mei lalu.

Kini, bekas pelajar jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik itu sedang bertugas sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan AirAsia.

Baru-baru ini, dia sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai ‘wajah’ UTHM.

Dengan hasil pencapaian akademik yang cemerlang, wajah Mekyun kini menghiasi papan iklan gergasi UTHM yang terletak di bahagian pintu masuk universiti tersebut.

Mek Yun meluahkan keterujaannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram dengan memuat naik gambar dirinya bersama ahli keluarga di hadapan papan iklan tersebut.

Menurutnya, kejayaan ini merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupannya.

“Saya amat berbangga dan terharu kerana diberi peluang untuk ditampilkan di papan iklan universiti sendiri. Terima kasih UTHM,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Jelasnya, sehingga hari ini, dia masih tidak percaya dengan pencapaian yang membanggakan itu kerana tidak semua orang mendapat peluang sedemikian.

Mek Yun turut memberikan penghargaan buat ahli keluarga, kawan-kawan serta semua pengikutnya yang telah banyak menyokong dan memberi semangat untuk terus menimba ilmu.


Sumber | SinarBestari




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo