NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA sokong kerajaan pimpinan Anwar


PETALING. JAYA:
MCA menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, kata setiausaha agungnya Chong Sin Woon.

Chong dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara ini.

“Dalam masa sama, MCA akan terus memainkan peranan bagi memastikan kerajaan perpaduan ini memelihara kepelbagaian, kesederhanaan dan membela nasib rakyat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Chong berkata, fokus MCA ketika ini adalah melihat secara mendalam keputusan pilihan raya umum ke-15 dan merangka strategi untuk membina semula parti dengan memberi tumpuan kepada dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN yang dimenangi serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk memenangi semula sokongan pengundi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo