NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA pun kena kencing dengan UMNO


KUALA LUMPUR:
MCA tetap dengan pendirian bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan bahawa perkara itu dipersetujui bersama semua ahli komponen BN yang telah pun beberapa kali dinyatakan sebelum ini.

Bercakap dalam rakaman awal program Agenda AWANI, beliau memberitahu bahawa resolusi itu telah dibuat beberapa bulan yang lalu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang didukung semua parti komponen.

“Kita sebagai parti komponen sudah tentu menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM, bukan sahaja peringkat kita (MCA) malah UMNO dan BN sebelum ini pun telah dilafazkan beberapa kali.

“Jadi saya tak nampak apa pertikaiannya sekarang dan kita cuma lihat apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk memastikan BN menang dan kemudian menuju ke hala tuju yang telah kita tetapkan," katanya.

Ia sebagai mengulas cakap-cakap yang mengatakan bahawa Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bakal diangkat menjadi PM sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara tersebut turut dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Ahmad Zahid mahu menjadi PM untuk melepaskan dirinya daripada dakwaan salah guna kuasa yang sedang dihadapinya di mahkamah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo