NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih hidup selepas jatuh dalam lubang aluminium bersuhu 720 darjah


ZURICH -
Seorang pekerja terjatuh ke dalam lubang bulat di atas relau aluminium cair yang panas di sebuah kilang di Switzerland baru-baru ini.

Bagaimanapun, pekerja itu terselamat walaupun dia terjatuh ke dalam lubang tersebut yang diisi dengan aluminium dan mempunyai suhu lebih 720 darjah Celsius.

Kejadian berlaku semasa dia bekerja di sebuah kilang di St Gallen, timur laut Switzerland.

Namun, pekerja berusia 25 tahun itu berjaya menahan kesakitan dan berjaya keluar dari lubang tersebut.

Dua doktor penyelamat udara Switzerland dan anggota-anggota paramedik merawatnya di kilang tersebut.

Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital dengan helikopter kerana tubuhnya melecur teruk.

Latar belakang sebenar kemalangan itu sedang disiasat oleh polis bandar St. Gallen. - Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo