Semakin ramai guru yang saya kenal terima kesan dengan apa yang berlaku sekarang.
Minggu lepas seorang rakan guru hospitalised kerana major depression. Keluar air mata saya tatkala menatap muka dia masa video call. Nampak lain sangat. Sampai tak cam. ššš
Beberapa hari lepas ada rakan guru yang terpaksa henti kan aktiviti melihat sebarang skrin akibat masalah penglihatan yang mula merosot. Dan dia bukan orang pertama yang saya dengar alami masalah nih.
Hari nih pula berita rakan guru yang dikenali dalam dunia inovasi juga terkena serangan stroke pada usia yang masih muda.
Itu belum lagi hampir setiap hari berita kematian guru semasa dalam tempoh perkhidmatan di group cikgu-cikgu.
Semua berita nih memang sangat menginsafkan. Namun juga satu peringatan untuk kita semua, bahawa kegilaan kita bekerja ada batasnya. Jangan sampai kita abaikan jaga kesihatan mental dan fizikal ya kawan2.
Masa sukar sebegini, jangan malu nak dapatkan bantuan sokongan emosi dan mental daripada rakan2 sekeliling yang kita boleh percaya.
Bercerita lah. Luahkanlah kesusahan kita. Mudah-mudahan boleh meredakan sedikit tekanan yang kita alami.
Ambil juga masa untuk bersenam dan riadah pada waktu petang. Selain menggerakkan otot, mudah-mudahan itu juga mampu jadi terapi kita melepaskan tekanan.
Untuk cikgu-cikgu Malaysia, ayuh teruskan perjuangan kita dengan badan yang sihat dan akal yang waras! #cikgusihat
CIKGU HALIM
Komen: .Guru terbeban dengan kerja yang terpaksa dibawa balik ke rumah
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment