SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah mencapai kesefahaman dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Padang Serai pada 7 Disember nanti.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini kepimpinan BN sudah memberi bayangan untuk memberi laluan kepada calon PH.
“Dua hari lepas PH ada mesyuarat Majlis Presiden, saya tak dimaklumkan kedudukan itu, tapi yang pastinya BN telah memberikan bayangan, tapi nampaknya calon tersebut masih lagi berkempen dan juga bertegas.
“Malah ada beberapa mereka yang cuba melawan Presiden UMNO, berkempen untuk dia. Tapi tak apa lah, itu biar kita tangani dan hadapi tapi potensi kita di Padang Serai ada lagi.
“Sudah ada kesefahaman (antara BN-PH) itu sudah ada, ialah benda baharu, jadi belum sempat atur,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Ahad lalu, calon BN Parlimen Padang Serai, C Sivaraj merasakan tidak adil untuknya memberi laluan kepada PH di kerusi terbabit.
Sebaliknya Sivaraj meminta calon PH, Sofee Razak yang didakwa baharu tiba di Padang Serai memberi laluan kepadanya memandangkan beliau sudah tiga tahun “bekerja keras” di kawasan itu.
Sementara itu, Amirudin mengesahkan beliau akan turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dan sepentas dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam program ceramah umum, malam ini.
“Malam ini saya akan ke Tioman, tak (beritahu strategi) beritahu orang, yang pentingnya kita ada masa tujuh hari sahaja dari sekarang.
“Cukup (masa), dia orang faham,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
No comments
Post a Comment