NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mark Zuckerberg Mohon Maaf, Terpaksa Buang 11,000 Pekerja

“Saya Bertanggungjawab Atas Keputusan Ini,” Mark Zuckerberg Mohon Maaf, Terpaksa Buang 11,000 Pekerja

Meta dilaporkan telah membuat keputusan mengejut apabila akan memberhentikan 11,000 orang pekerjanya, lapor Agency France Press (AFP)

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg berkata pemecatan itu mewakili 13 peratus daripada tenaga kerja syarikat media sosial berkenaan.

Ia dikatakan akan turut memberi kesan kepada penyelidikan yang memfokuskan metaverse serta aplikasinya seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Keputusan itu dibuat berikutan industri teknologi kini sedang berada dalam fasa kemerosotan yang serius.

Tambahnya, beberapa syarikat besar lain juga turut mengambil langkah yang sama.

“Saya bertanggungjawab di atas keputusan ini dan saya tahu ia sukar untuk semua orang. Saya memohon maaf kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Kebanyakan firma seperti Facebook dan Google kini sedang bergelut dengan inflasi yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan masalah pengiklanan.

Bagi mengatasi masalah itu, mereka terpaksa mengurangkan kos buat sementara waktu.

Menurut Mark, Meta yang terkesan dengan perkara itu turut mengalami beberapa masalah dalaman. Dia yang telah menjangkakan perkara itu bakal berlaku berkata keputusan itu merupakan pilihan yang terakhir.

Selain itu, Meta akan meneruskan pembekuan pengambilan pekerja pada tahun hadapan dan beberapa pemotongan perbelanjaan lain juga telah dirancang.

“Kami membuat keputusan ini dengan mengambil kira tinjauan pendapatan yang jauh lebih rendah daripada jangkaan pada awal tahun ini dan kami mahu memastikan syarikat terus beroperasi dengan cekap,” katanya.

Terdahulu, pada awal bulan lalu, Meta telah mendedahkan bahawa syarikat itu hanya mendapat keuntungan sebanyak $4.4 bilion (RM20.4 bilion) pada suku ketiga tahun ini bersamaan 52 peratus penurunan daripada keuntungan yang dicatatkan pada tahun lalu.

Hal itu telah menyebabkan saham syarikat itu turun sebanyak 25  peratus.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo