NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir 4 negeri meningkat -- tak apa Zahid dan BN akan redah banjir


KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan peningkatan kepada 1,892 mangsa pagi ini, berbanding 1,053 orang, malam tadi.

Selangor pula menunjukkan penurunan bilangan mangsa, manakala banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Sungai Seluang yang menempatkan 76 mangsa ditutup sepenuhnya, pagi ini.

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dan Kulai memaklumkan, daerah berkenaan menjadi daerah terbaru dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 276 orang, setakat 8 pagi ini.

Semalam, hanya Segamat dilanda banjir dan merekodkan seramai 57 mangsa dan jumlah itu kekal pagi ini.

Di daerah Kulai, dua PPS dibuka menempatkan 194 mangsa, manakala 25 mangsa lagi ditempatkan di satu PPS di Kluang.

Di Melaka, jumlah mangsa ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah meningkat kepada 44 mangsa daripada 15 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 37 orang daripada 11 keluarga, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, memaklumkan seramai 11 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek, manakala 33 mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,338 membabitkan 441 keluarga pagi ini, berbanding 809 mangsa daripada 265 keluarga malam tadi dan ditempatkan di tujuh PPS dengan enam daripadanya di Pasir Mas, manakala satu di Tanah Merah.

Di Pulau Pinang, jumlah mangsa banjir juga merekodkan peningkatan kepada 234 orang pagi ini, berbanding 150 orang semalam dan ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dan Dewan Banjir Desa Puri masing-masing di Tasek Gelugor serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina True Light, Juru.

Di Selangor, menerusi laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak tujuh PPS masih dibuka pagi ini dengan empat di Kuala Selangor dan tiga di Klang yang menempatkan seramai 693 mangsa daripada 171 keluarga.

Berbeza di Kedah, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Muhammad Suhaimi Mohd Zain, memaklumkan Masjid Sungai Seluang yang dijadikan PPS dan menempatkan 76 mangsa daripada 16 keluarga ditutup sepenuhnya, pada 10.30 pagi tadi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo