“Mana Zahid Hamidi? Cakap hari tu nak turun redah banjir” Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi, banyak kawasan mulai digenangi air.
Kawasan terjejas antaranya, Taman Sri Muda, Seksyen 17,
Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian
dan Bukit Jelutong.
“Panggil Wak Jahid. Minta dia berenang selamatkan rakyat,” perli pengguna Facebook, Mohamad Azuwan.
Berhubung ucapan BN sanggup redah banjir, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ucapannya itu sengaja dimanipulasi kononnya BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.
Zahid berkata, ucapannya pada
majlis pelancaran Jentera Pemuda BN itu adalah bagi menyatakan semangat
serta kesiapsiagaan selain memberi gambaran kepada Perdana Menteri
bahawa jentera parti sanggup meredah segala cabaran demi memastikan
kemenangan PRU15 milik BN.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri bermula semalam sehingga 11 November.
Empat negeri terbabit ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
MetMalaysia juga awal-awal telah memberi peringatan sekiranya PRU15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.
Sementara itu, Terowong Lebuhraya SMART telah mengaktifkan Mod 2 mulai jam 6.40 petang tadi dengan air Sungai Klang dan Sungai Ampang dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
“Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut telah mencecah 70.0 m³/saat,” kata pemberitahuan itu.
Untuk rekod, pada status Mod 2, air banjir mengalir di bahagian bawah terowong dengan terowong trafik masuk dan keluar Kuala Lumpur masih dibuka.
Dalam masa sama, Bilik Gerakan Pantas dalam pemberitahuannya sebentar tadi menasigatkan penduduk di kawasan Taman Sri Muda supaya meletakkan kenderaan di kawasan tinggi dan tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda.
Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, sila hubungi Pasukan Pantas di talian 03-55105811.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment