NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia perlu buat lonjakan besar dalam dasar industri baharu, kata Khairy

Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu mengambil kelebihan dalam sektor pembuatan di peringkat antarabangsa.


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin yang mengumumkan secara terbuka hasratnya menjadi perdana menteri satu hari nanti, berkata lonjakan besar Malaysia seterusnya bergantung kepada dasar pelaburan semula dalam industri pembuatan baharu.

Katanya, Malaysia sepatutnya mengukuhkan kedudukannya dengan memilih sektor pembuatan strategik sama ada membabitkan komponen kapal terbang, industri semikonduktor atau dalam sektor lain, justeru menjadikan negara bersedia menerima kemasukan pelabur yang ingin mencari hab pembuatan.

Beliau berkata, ekonomi berada pada kedudukan kukuh selepas pandemik, namun pembaharuan struktur perlu dilaksanakan segera untuk terus maju.

Dalam wawancara bersama FMT, Khairy yang menggambarkan diri sebagai “saya suka menyelesaikan masalah”, mengemukakan pandangannya untuk negara mara ke depan.

Katanya, tetapan semula (reset) diperlukan dalam dasar berkait ekonomi, sistem pendidikan dan kebajikan serta perlindungan sosial, di mana digambarkannya setakat ini sebagai “pembaharuan berlaku perlahan”.

” (Lihat kepada) struktur ekonomi negara ini. Adakah kita terlalu bergantung kepada sektor tertentu sahaja? Apa yang perlu kita lakukan berhubung subsidi? Apa yang perlu dilakukan berkait pendapatan kerajaan?” katanya.

Katanya, Malaysia mesti kekal sebagai negara bebas dagang dan tampil sebagai “pemain antarabangsa dan bukan sahaja di rantau ini”, justeru masyarakat dunia memberi perhatian kepada kita dengan pelabur tertarik untuk melabur, sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab serantau dan Asia.

Beliau berkata, ada keperluan memperkukuh keyakinan perniagaan dan pengguna susulan dunia bakal berdepan kemelesetan ekonomi global, tahun depan.

Katanya, kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) direkod tumbuh 14% pada suku ketiga tahun ini, namun akan berdepan cabaran pada suku keempat dan tahun depan.

Khairy berkata, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada ketegangan geopolitik, terutama membabitkan Amerika Syarikat dan China, memandangkan banyak syarikat sedang mencari alternatif bagi pembinaan kilang mereka.

“Mereka akan memilih kawasan neutral untuk memindahkan asas pengeluaran mereka, sama ada membabitkan komponen kapal terbang, industri semikonduktor, atau sektor pembuatan lain,” katanya.

Khairy turut merujuk kepada kilang yang sudah bertapak di Sungai Buloh, iaitu SME Aerospace Sdn Bhd, yang mengeluarkan komponen bagi sayap pesawat bagi Airbus dan Boeing.

Melangkah ke depan, beliau berkata, sebuah kerajaan kuat diperlukan yang sudahpun mempunyai perancangan.

“Kita sudah membentangkan bajet, yang mana menerima sambutan baik daripada pasaran dan rakyat,” katanya merujuk kepada pembentangan Bajet 2023 oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, sebelum Parlimen dibubarkan.

“Jadi, ia sudah ada, sedia untuk dilaksanakan. Jika anda memilih kami pada 19 Nov, dan Ismail kembali menjadi PM, Zafrul (Tengku Zafrul Aziz) kembali menjadi menteri kewangan, dan saya sebagai menteri kesihatan, jadi kami semua sudah bekerja bermula hari pertama.”


Sumber I FMT Malaysia 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo