Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membincangkan mengenai calon Menteri Besar Perak sekiranya pakatan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail |
TAMBUN: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan mengenai calon Menteri Besar Perak sekiranya pakatan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, nama bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman sudah dicadangkan oleh PKR sebagai calon yang akan menggalas tugas itu.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, keutamaan mereka adalah untuk memenangi PRU15 terlebih dahulu.
“Itu cadangan PKR… tapi selalunya dalam sistem kita, kita runding dalam PH macam calon PM, PKR cadangkan Anwar, tapi kita bincang dalam PH, ini (calon PM) dia punya konsensus (ialah) Anwar... jdi kita akan melalui proses (perbincangan)…. (setakat ini) belum lagi. Menang PRU15 terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyertaan bekas ahli MIC dan ramah mesra masyarakat India di Hulu Kinta, di sini, pada Jumaat.
Pada Khamis, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, PH menamakan Zainal Azman sebagai calon Menteri Besar Perak sekiranya mereka memenangi negeri itu pada PRU15.
Menurutnya, ia adalah ‘perjudian besar’ bagi PH menamakan Zainal sebagai calon Menteri Besar negeri itu, tetapi menegaskan, ia adalah keputusan yang tepat.
Kata Rafizi, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang dan merupakan calon Menteri Besar yang paling layak.
Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang dalam reaksinya berkata, mereka mempunyai beberapa calon yang layak dipilih sebagai Menteri Besar negeri itu, sekiranya berjaya membentuk kerajaan kelak.
Bagaimanapun, katanya, mereka perlu terlebih dahulu memastikan kemenangan pada PRU15.
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment