NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahfuz kalah teruk di Pokok Sena


POKOK SENA:
Setelah empat penggal menyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar akhirnya tersungkur di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat memperoleh 52,275 undi dengan majoriti 31,751 sekali gus menewaskan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu yang mendapat 20,524 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Noran Zamani Jamaluddin memperoleh 14,523 undi manakala calon Warisan, Noraini Md. Salleh pula hanya mendapat 622 undi sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan deposit.

Keputusan rasmi itu diumum oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani kira-kira pukul 12.50 tengah malam tadi.

Mahfuz disifatkan calon ‘heavyweight’ apabila menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum memenangi semula kerusi itu atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13, sebelum mempertahankan kerusi itu buat kali keempat pada PRU14.

Mahfuz memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada 1999, 2008, 2013 dan 2018 dengan kali terakhir pada PRU14 apabila meraih 5,558 majoriti. –UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


( Hide )
  1. MAMFUS NI, BAIK BERSARA AJE DA DARI POLITIK.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo