Berdasarkan sumber Al Kafi li al-Fatawi 1629 dari portal Mufti Wilayah Persekutuan (2020), perbuatan memakai pendakap gigi bagi membetulkan kedudukan gigi yang jarang atau pemakaian gigi palsu bagi tujuan memperbetulkan kekurangan pada bahagian gigi adalah diharuskan. Bahkan keharusan ini meliputi seluruh anggota tubuh yang ada keaiban atau kerosakan.
Namun, bagaimana pula pengurusan jenazah Muslim yang memakai pendakap gigi atau ‘braces’? Jom ikuti penjelasan di bawah dari seorang doktor gigi, Doktor Mohd Khairul Izwan, yang turut merujuk dengan sumber tersebut bagi menjawab persoalan netizen yang bertanyakan perihal ini di satu tweet.
SANTUNI JENAZAH DENGAN CARA PALING MENGHORMATI
“Saya ada soalan la. Kalau yang Muslim dan memakai braces, katakan la tiba-tiba meninggal dunia dan ada braces ni. Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ye? Diorang kena panggil doktor gigi untuk bukak braces orang meninggal tu ke macam mana ye?”
PENJELASAN DOKTOR KHAIRUL IZWAN MENGENAI PERKARA INI
Baik begini.
Hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL-ISRA (70)
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia semasa masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Semoga bermanfaat!
Sumber rujukan: Al Kafi li al-Fatawi 1629 (Mufti Wilayah Persekutuan, 2020).
“SEBAB ITU MENUNTU ILMU ITU MENJADI KEWAJIPAN”- NETIZEN
Meninjau di ruangan komen, perkongsian ini ternyata memberikan reaksi positif dalam kalangan netizen. Jenazah seharusnya disantuni dan diuruskan dengan cara yang menghormati, berdasarkan panduan ilmu agama yang betul. Betapa pentingnya sesebuah ilmu itu, rugi jika tidak menuntutnya.
Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Kami ingin memaklumkan kepada semua orang di kawasan Kepong & Selayang tentang keberadaan Datuk Yip Kum Fook, kerana lelaki ini sangat jahat dan menipu orang semasa menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong...dia memang bangga dengan diri sendiri dan terganggu mereka yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual makanan di tepi jalan, dia selalu menelefon DBKL untuk mengganggu orang dan meminta wang.
ReplyDeleteKami faham kenapa anda perlukan wang kerana anda hanya menjalankan kedai perabot di sudut Taman Daya berhampiran Taman Desa Jaya....anda dapat duit dari orang ramai dan mengganggu mereka tanpa segan silu dari Allah (Tuhan)
Sekarang ramai orang menyiarkan dan berkongsi maklumat anda di laman web internet supaya semua orang tahu tentang anda tetapi memberi wang kepada seseorang untuk memadamnya, adalah pemikiran yang buruk dalam ajaran agama.
Rumah aku dekat rumah Simon Low Kok Meng dan kedai perabot kau, tempat tu kuil Hindu tapi kau bakar habis, kuil Hindu kena pindah ke lokasi lain.
Dari …Fatt, kedai makan, Jalan besar kepong
DATUK YIP KUM FOOK akan menderita dan tidak bahagia di masa hadapan kerana dia melakukan dosa besar pada masa lalu, dia menghina Sangha dan menghalau Sangha dari Kuil Buddha, Tuhan dapat melihat apa yang kamu lakukan
ReplyDeleteAnda seorang Buddha dan seorang peguam tetapi jika anda tidak tahu apa itu Buddhisme dan prinsip-prinsip Buddhisme, anda akan menderita dan dalam hidup ini, anda adalah satu kesilapan. Anda menipu segala-galanya untuk orang dalam hidup anda untuk wang dan wanita
Simon Low Kok Meng bantu Datuk Yip bawa maklumat, Simon Low tak kerja, tipu merata tempat, Kerajaan Malaysia perlu cari maklumat dan butiran profilnya
Ramai orang nak tengok dia (Datuk Yip Kum Fook) nak mengajar sebab sekarang Datuk Yip tak pernah pergi mana-mana majlis, sebab dia takut dan segan orang ramai. Dia mohon sijil peguam dan jadi peguam sebab nak main politik dan mudah menipu orang.
ReplyDeleteZaman sekarang orang dah tak kisah kalau ada duit lebih atau ijazah tinggi. Hari ini, ramai orang tahu watak anda, dan dari mana anda berasal kerana ramai orang membuat kajian di internet. Datuk Yip Kum Fook selalu bercakap tentang orang yang berpendidikan rendah.
Datuk Yip Kum Fook menghina Cina dan Buddha, juga dia tidak begitu miskin dan berpendidikan rendah, kami harap semua orang perlu berhati-hati dengan lelaki ini
K H LOW, Kepong